Rejab Datang Lagi..

Alhamdulillah..

Hari ini 1 Rejab 1430H..

Harapanku..moga aku akan di berkati di bulan ini dan di panjangkan umur untuk bertemu dan menikmati bulan Ramadhan lagi..

Harapanku..moga terus diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan dan kemaafan atas setiap kekhilafan..

::Allahumma bariklana fi rajab wa sya’ban wa balighna ramadhan::

wallahua’lam

ketika rindu sedang berbisik

andai…

ini malam terakhirku..

izinkan aku menatap wajahmu..

walau sebentar cuma..

walau hanya dalam mimpi..

andai juga ini malam terakhirku..

izinkan aku mendapat restumu..

izinkanku jua untuk mendapat kemaafan darimu..

pohonku agar kau memberi halal atas segala tingkahlaku ku..

memberi halal atas segala makan minumku..

memberi halal atas segala jasamu..

memberi halal atas segala perasaan yang kadangkala kau korbankan untuk diriku..

memberi halal atas segala tunjuk ajarmu..

memberi halal atas masamu yang telah kucuri..

jua halal atas segala-galanya..

andai jua ini hari terakhirku..

izinkan kupergi dalam tenang..

izinkan kupergi dengan senang..

izinkan kupergi tanpa sebarang hutang..

mak..abah..

anakmu ini terlalu rindu untuk menatap wajahmu..

apatah lagi untuk mengucup rindu jari-jemarimu..

terlalu rindu..dan sangat rindu..

pohonku..ampuni dosa-dosa anakmu ini..

terlalu banyak yang kau beri untuk diriku..

disaat kau meniti usia tuamu..aku masih di sini..

jauh dari pandangan matamu..menghabiskan usia alam remajaku..

mengintai-intai dan mencari erti alam kedewasaan..

aku takkan pernah lupa segala pengorbananmu..

pintaku pada Illahi..agar segala dosaku tak disandarkan pada dirimu

dan agar dirimu diredhaiNya selalu..

abang..kakak-kakak dan adik-adikku…

terlalu rindu aku pada kalian..

melihat rakan-rakan seperjuangan..aku terbayang kalian..

bagaimanakah keadaan kalian sekarang??

aku rindu..rindu untuk bergurau senda..

rindu untuk bergelak tawa..jua rindu untuk bergaduh dengan kalian..

semuanya aku rindu..rindu semuanya..

namun kini..aku di sini dan kau di sana…

walaupun sini dan sana memisahkan kita..namun..darah yang mengalir dalam tubuh kita tetap sama..

guru-guruku….

terlalu banyak tunjuk ajar telah kau berikan..

terlalu banyak juga ilmu telah kau curahkan..

terima kasih atas baktimu..

terima kasih jua atas jasamu..

aku jua merinduimu..rindu untuk berada dalam kelas pengajianmu..

jua rindu untuk mendengar suaramu..

sahabatku..

aku banyak mrenghabiskan waktuku bersamamu..

maafkan aku andai aku pernah melakakan dirimu..

maafkan aku andai aku melukai hatimu..

maafkan aku andai aku gagal mengerti hatimu..

jua maafkan aku andai aku tak bisa menjadi sahabat impianmu..

cuma aku ingin kau mengerti..aku sedaya upaya menggembirakan hatimu semampu diriku..

namun aku insan biasa yang tak bisa memberi bahagia pada semua..

tapi selagi nafas kuhela..aku sedaya upaya menjadi sahabat yang terbaik buat dirimu..

kerana aku sayang kamu..

saudara-saudaraku..

aku ingin kau mengerti hakikat hidup ini..

dunia ini hanyalah senda gurau dan tempat persinggahan..

tiada yang lebih indah melainkan yang abadi..

yang indah di negeri abadi..

bukanlah dibayar atas kemewahan duniawi..

bukanlah hadir tanpa pengorbanan duniawi..

juga takkan hadir tanpa cinta dan rahmat Illahi..

wahai nabiku Ya Rasullullah..

terlalu rindu aku padamu..

walau tak pernah kulihat wajahmu..

namun dirimu ada di hatiku..

semalam,hari ini,esok dan selamanya..

Ya Illahi..

padaMu tempat aku kembali..

andai hari ini hari terakhirku disini…ia bukan hari terakhirku di sisiMu ya Rabbi..

syukurku…hanya padaMu

cintaku…hanya milikMu

ampuni aku andai leka dengan dunia ini..

ampuni aku andai asyik dibuai mimpi..

ampunilah aku kerana memungkiri janji..

ampuni aku atas bisikan hati yang mati..

ampuni aku Ya Illahi..

ampuni aku Ya Rahman..

ampuni aku Ya Rahim..

andai ampunku tak diterima olehMu..

di manakah tempatku di sisiMu..

bagaimanakah keadaanku tatkala menghadap diriMu..

siapakah dia yang akan bersama-sama diriku…

Ya Rabbi…ampuni hambaMu..rahmatilah aku..

aku pohon maghfirahMu..pohon dengan sangat..

sangat-sangat Ya Allah..

aku rindu padaMu..

pintaku…thabitkan hatiku atas jalan ini..

pimpinlah aku menuju cahayaMu..

pandu arahku agar Kau sentiasa di sisi..

malam terus berlalu…

hari semakin hening…

ada mutiara hangat membasahi pipi..

tanda rinduku yang teramat untuk semua..

tak tergambar dan tak terucap..

hanya padaMu Illahi..hanya diriMu yang mengerti..

~…..waghfirzunubi…..~

sesungguhnya aku dambakan cintaMu

dikala mentari senja melabuhkan tirai..
wajah rembulan tersenyum riang..
beburung terbang kembali ke sarang..
kerdipan bintang mula kelihatan..
tapi aku masih di sini..
melihat mentari yang mula menghilang..
hati sanubariku berkata..
adakah masih ada esok untuk diriku..
untuk aku melihat matahari tenggelam..
untuk aku nikmati keindahan alam..
untuk aku mencari erti kehidupan..
dalam mengenal erti cinta…
cinta sejati yang tak akan hilang..
tak akan hilang seperti mentari itu..

yang hilang ditelan malam…

……………………………………………………………………………….

Sesungguhnya 
Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu

Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga


Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu


Damba Cinta Mu

Tuhanku ampunkanlah segala
dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar
laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan
suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan
kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah
silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba
cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering
berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis
keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau
Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau
pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku
sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku
kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul da
P1010909n sahabatDsc00844

 

Tgk_ferry_1
P1010929

…disebalik malam….

Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di
muka langit bertaburan bintang-bintang yang
berkelipan, disisi bulan yang terang benderang.
Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada
waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada
Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan
derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak
sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung
kepada penghuni-penghuniny a.

Bagi orang-orang yang soleh merindui malam
ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana
pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra
dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada
kebisingan kecuali mereka mengadu dan
bermunajat kepada Tuhannya.

Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam
untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau
orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu
malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah
s.w.t. Berkata Al Fudhail bin Iyadh, “Apabila
terbenam matahari maka saya gembira dengan
gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya
berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!”
Abu Sulaiman pula berkata, “Jikalau tidaklah
kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai
tinggal di dunia ini.”

Selain dari keheningan malam yang ada pada
waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-
malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat
kepda hamba-hambaNya yang sedang beribadah.
Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-
manusia yang menghidupkan malam dengan
ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.

Pada waktu malam juga akan ada satu detik di
mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan
dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan
pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan
lebih pahalanya. Sabda Rasulullah
bermaksud: “Dua rakaat yang dikerjakan oleh
hamba pada waktu tengah malam adalah lebih
baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah
tidak memberi kesukaran kepada umatku,
nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas
mereka.”

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Kerjakan
solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk
kesuraman kubur.”

Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah
dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi
pandangan kepada golongan ini kerana mereka
telah sanggup meninggal keenakan dan
keselesaan beristirehat untuk bangun
mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di
tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam,
maka golongan ini telah membasuh diri dengan
wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t.
Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah.
Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup
cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah
menyediakan sebuah syurga bagi hamba-
hambaNya yang menghidupkan malam.

Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada
kita namun kepayahan untuk menghidupkan
malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut
memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh
menghalang manusia melakukannya.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Diikat
oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga
ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan
memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut
sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu.
Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah
s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau
berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan
kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya.
Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya.
Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji
jiwa dan malas.”

Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang
terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu
menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak
salah kalau diletakkan mereka dealam golongan
mnusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya
dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah
mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.

Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud: “Haruslah kamu bangun malam
kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh
sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam
adalah mendekatkan diri kepada Allah
Azzawajalla, menutup segala dosa,
menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan
mencegah daripada dosa.”

Dipetik dari Panduan Solat Tahajjud, oleh
Muhammad Uzair Al Aziz

semoga kita semua diberi kekuatan untuk memeriahkan keheningan malam…insyaallah.